Saturday, October 17, 2015

LIMA Tempat RARE di UK yang Jarang Dikunjungi Pengunjung Malaysia


Selalunya bila ada yang buat percutian ke UK nie, tempat yang wajib akan dikunjungi adalah London... Hebat tercongek habis hidung mancung bila ada gambar selfie kat London. Ada gambar tempat-tempat menarik di London sudah cukup la kan...walaupun sempat pusing sehari je satu bandar London tu... Pusing KL sehari agak-agak dapat pegi semua tak...hehe.

Mercu tanda London nie macam The Big Ben, London Bridge, Eye of London dan macam-macam lagi la kan... Satu lagi tempat yang aku selalu jumpa pengunjung dari Malaysia ialah....Shopping Village... Pergh... memang tak pernah tak jumpa orang Malaysia di Shopping Village... Kat UK nie, Shopping Outlet macam kat Bicester Outlet Village dan Cheshire Oak Outlet Village memang sentiasa dipenuhi rakyat Malaysia... walaupun tol selalu naik, minyak naik, GST lagi...tapi ramai jugak kat sini.... memang kaya la rakyat Malaysia... he he he

Okeh... Sekarang aku nak kongsikan tempat-tempat yang sangat RARE atau jarang terjumpa pengunjung dari Malaysia... Kalau ada pun, yang jenis bermastautin atau tinggal lama di UK... Kalau yang jenis datang berhoneymoon atau jalan-jalan di UK, memang sangat RARE la kan... Walaupun bagi aku, kalau diorang tau tempat nie wujud, yang jenis simpan duit bertahun-tahun baru boleh datang sekali di UK, confirm nak pegi salah satu tempat nie...sebab dia RARE...


(1) Carboot Market
First dalam list aku ialah carboot market. Pergh...... syurga bagi orang sederhana macam aku... yang jenis tak kaya tapi tak jugak miskin nie.. Barang-barang dijual kat sini kebanyakannya 2nd hand, tapi kualiti ada yang sangat bagus, bagus, tak bagus dan tersangat tak bagus... he he. Pandai-pandai la pilih... Kalau nasib baik, korang akan dapat sesuatu barang yang agak baru dan puas hati, dengan harga yang tak terjangkau dek akal (murah!!!). Sesuai la kalau nak berjimat cermat untuk gunakan duit yang berbaki dari hasil penjimatan itu untuk bayar tol dan GST nanti...heee. Apa yang ada kat sini? Haaaa.... sangat luas jenis barang yang ada... dari mangkuk tandas sehingga la beg tangan GUCCI atau LV... hehe. Aku suka shopping kat sini.. kalau pergi Shopping Outlet pun... aku akan pegi time penting je...contohnya macam nak beli hadiah birthday wife ke... haa... Itu je. Lokasi... boleh Google dari awal... type je carboot market uk, nanti banyak la yang keluar...kat London ade, kat mana-mana pun ade... Di mana ada orang nak shopping, di situ la ada carboot market.. he he.

Salah satu Taman yang ada tasik di UK

(2) Garden and Park
Kat UK nie banyak tempat untuk jalan-jalan sambil menghirup udara segar dan nyaman, lari sejenak dari kesibukan kota. Banyak jenis Garden, atau Taman-taman yang cantik..kadang-kadang ada sekali dengan tasik dan rumah kincir angin...semacam di Amsterdam.. Yang menariknyer... Garden atau Taman diorang nie sangat cantik... dan mengikut musim.. Kalau datang time musim bunga..maka penuhla dengan pokok-pokok bunga..kalau musim luruh...penuhla dengan daun kekuningan keemasan... Kalau rasa nak bergambar macam citer hindustan tu, datang la ke Garden atau Taman-taman di UK... Kat Malaysia tak jumpa taman macam kat sini.. sebab udara dah la sejuk nyaman... lepas tu pokok mengikut musim... Korang cuma boleh merasa secebis perasaan keseronokan tu bila pegi ke rumah 4 musim je.. Tapi tu kecik.. nie satu taman besar bai... Bila penat berjalan ke sibuk, luangkanlah masa berjalan di taman depa.. Kalau yang jenis suka bagi makan kat ikan di tasik, kat UK takde..kat sini korang dapat pengalaman bagi makan dekat itik dan angsa putih yang sangat cantik tu. Dapatkan pengalaman yang RARE ini.


(3) Historical Town
Selalu pakej percutian ke UK, korang akan pergi kat mana? Mesti banyak bandar-bandar besar je kan...Ataupun macam Oxford dan Cambridge, sebab tersohor dengan Universiti dia tu.. Sebenarnya ada lagi best... Korang pergi la ke Historical Town seperti Stratford-Upon-Avon atau Bath. Stratford-Upon-Avon tu adalah bandar lokasi penulis buku omputeh yang terkenal, William Shakespears tu. Kat situ korang boleh tengok keadaan dan sejarah dia, lokasi rumah, lokasi rumah awek dia dan macam-macam lagi. Bandar Historical Town masih terpelihara dengan kesenian asal lama UK. Bath pun sama... bandar lama yang terpelihara dan sangat cantik. Banyak lagi tempat-tempat yang best yang jarang dipromosikan. Kalau rasa nak merasai macam mana UK sebenar, datang la ke tempat macam nie.. Korang akan dipertontonkan dengan adat lama mereka... Tunjuk cara menjahit cara lama, cara depa buat lemonade (jem lemon), dan sebagainya. Macam kita pergi melancong ke rumah orang asli... Baru RARE.


(4) Rural Area
Ini lagi RARE.... kalau korang inginkan ketenangan dan keunikan...silalah plan ke UK ke kawasan RARE ini....kawasan Rural Area... maksud aku menikmati keindahan alam semulajadi asal UK nie... Contoh yang terbaik... korang boleh merasa jika korang ke Wales, Scotland atau Ireland...semua nie sebahagian dari UK. Pemandangan ketiga-tiga tempat nie....Subhanallah....cantik yang teramat. Aku cuma pernah ke Scotland je buat masa nie...akan cuba ke Wales dan Ireland sebelum pulang ke tanahair... Tapi dari pengalaman ke Scotland, membuat road trip dari Glasgow ke Inverness, belah atas Scotland, memang sangat cantik. Rasa macam korang duduk di satu dunia baru yang sangat cantik, tak leh nak diterangkan keindahan alam semulajadinya... Road trip yang sepatutnya ambil masa 3 jam, jadi 6 jam setengah...sebab selalu berhenti dan snap gambar...hehe. Nanti aku citer di lain entri.. Pasal trip ke Scotland... Wales dan Ireland pun sama... Kalau nak merasa pantai yang cantik, boleh ke Cornwall, Dorset, dan bermacam lagi.... Pantai depa jenis ada cliff ye.. Memang takde di Malaysia...Pengalaman yang sangat RARE..


(5) Castle
Kat UK nie, banyak castle... istana atau kubu-kubu lama... Kalau korang pernah pergi ke A Famosa tu... tu kecik... sini besar-besar... sampai ada yang aku pernah pergi...pusing satu Castle ambik masa sampai 3 jam... tu pun tak baca history dia... tengok-tengok je.. he he.. Boleh tengok sendiri macam mana depa berperang cara zaman dahulu..sebab depa tunjuk macam mana depa gunakan alat-alat perang lama.. Memang bes dan menarik untuk dapatkan pengalaman RARE yang memang takkan ade di Malaysia. Contoh castle yang besar ialah Warwick Castle, Buckingham Palace, Edinburgh Castle dan lain-lain... Dapatkan pengalaman yang menarik dan RARE nie... 

Itulah contoh-contoh kawasan yang patut korang kunjungi kalau datang ke UK.. Ada kelainan sikit berbanding semata-mata nak shopping.. Apa kata selitkan sedikit perjalanan korang dengan tempat-tempat nie... baru ada pengalaman yang lebih menarik...:)

2 comments:

  1. haa...next time datang UK lagi, boleh la roger-roger tau! kita jalan-jalan di scotland pula :)

    ReplyDelete

Komen la yer..jangan berbalah atau mengeji... Stay cool.. :D