Friday, January 15, 2016

Travelog ke Turki - Istanbul | Blue Mosque, Topkapi Palace, dan Hagya Sophia

Selepas penat berjalan ke hulu ke hilir di celah-celah lorong bandar Istanbul,Turki nak shopping punya pasal... (Boleh cek link Travelog ke Turki - Istanbul | Grand Bazaar dan Spice Bazaar) Hari keduanya, aku pegi berjalan lagi ke Blue Mosque (Masjid Biru), Topkapi Palace dan Hagya Sophia...

Blue Mosque

Jangan risau...ketiga-tiga monumen menarik tu kat satu tempat je... sebelah menyebelah... dekat sangat... kat tengah-tengah dia ada taman yang boleh korang nak duduk lepak sambil pekena makanan Turki... So, spend la masa sehari di situ... Jangan kacau dengan benda lain... kalau tak, memang tak puas hati...Hippodrome juga berada di situ... boleh cuba berbagai variasi makanan di kawasan tu... Apa yang penting.... Snap gambar! yezza..

Di taman hadapan Hagya Sophea

Hippodrome

Blue Mosque ..atau dikenali sebagai Sultan Ahmet Mosque nie dekat jugak dari hotel aku.... dalam 5-10 minit berjalan depend pada kelajuan korang berjalan lagi... Nak senang naik je tram.. (Boleh rujuk entri aku pasal Bosphorus Cruise dan tram...) Bayar je 4 TL, pastu korang lenjan la naaik tram tu nak pegi mana-mana pon...jauh dan dekat sama je harga nya.. Tapi aku suka explore bandar secara live kan... so aku jalan je... aku folo je track tram sampai ke sana... Kiri dan kanan banyak kedai bes-bes dan menarik untuk dimasuki dan jadikan pengalaman...

Aku singgah Blue Mosque dulu.. Pekena solat sunat tahiyyatul masjid dulu... Pastu baru snap snap gambar... Kat sini memang ramai orang nak masuk..sampai beratur panjang kekadang tu... muslim atau non-muslim... Sebab design dia memang marbeles... Cun melecun... Terbaik... Dapat rasa keagungan empayar kerajaan Islam di Turki sepanjang melihat rekabentuk dan senibina masjid biru nie... 

Tips untuk Blue Mosque... DIsebabkan aku nak cepat...maka aku gunakan kelebihan aku sebagai muslim.. Pegi dekat guard jaga pintu masuk tu... cakap nak pekena solat sunat kat masjid..., dia izinkan masuk.. terus potong queue pelancong-pelacong asing...muahahaha.. Aku tak tipu... Memang buat solat sunat dulu... Tapi lepas tu menikmati la keindahan dalam masjid tu... Siap boleh masuk sampai ke tengah lagi... Pelancong non-muslim cuma ada kawasan tertentu sahaja.... Ala...macam Masjid Putrajaya la kan.... 

Subhanallah..cantiknya senibina

Tertarik dengan lampu dalam masjid

Replika Blue Mosque

Blue Mosque

Satu je leceh masjid kat Turki... tempat ambek wudhuk dia.. Tak mesra wanita.. Sebab tempat ambek wudhuk dia open.... kat luar.. style lama gitu... Yang jenis pakai kasut nie pon susah gak.. So, nak senang supaya stokin tak berbau busuk dek kerana pakai stokin basah lepas ambek wudhuk, bawak la kain kecik satu dalam poket.. untuk lap air lepas ambek wudhuk nanti... Yang wanita, ambek wudhuk siap-siap kat hotel atau pi ambek kat dalam toilet. Kitorang dah terbiasa dah, sebab kat UK boleh kata toilet la tempat ambek wudhuk kalau pi berjalan... huhu.

Lepas tu, aku pegi ke Topkapi Palace... Tempat wajib untuk aku lawati... . Kalau tak datang sini, boleh merajuk 1000 hari 1000 malam weh... Kalau boleh aku nak spend masa kat sini sehari.. Tengok puas-puas apa yang ada kat sini... Sebab...Topkapi Palace nie adalah salah satu kota istana yang masih tersergam indah tanpa mengalami kerosakan yang teruk... Jadinya, korang ibarat memasuki satu kota istana asal kerajaan islam Turki zaman dahulu... 


Di pintu masuk Topkapi Palace


Topkapi palace nie ada macam-macam dalam dia... Di dalam sebuha kota, ada pelbagai bangunan dan di dalamnya da pelbagai ruang khas dan bilik.... Seolah-olah korang berada di Putrajaya dan di Putrajaya ada pelbagai bangunan seperi istana kehakiman dan lain-lain... Cuma Topkapi Palace nie takde la sebesar Putrajaya... Bayaran masuk - 30 TL seorang.. Ada satu tempat dalam Topkapi kena bayar asing.. Tempat tu namanya HAREM... kene bayar lagi 15 TL..

Harem

Dalam Harem


Contoh replika

Tempat unggun api

Senibina Turki..

Di luar Harem

Dalam Topkapi Palace nie la ada muzium yang simpan pedang asal Rasulullah S.A.W.. muzium Islam... yang lain ada pasal barangan rampasan perang, barangan kemas dulu-dulu... Adat istiadat dulu-dulu... Bagi yang suka historical, memang berbaloi... Yang tak suka, pi jauh-jauh... shuh shuh... he he he

Entrance Muzium Islam

Aku melekat lama di Muzium Islam tu... terharu beb dapat tengok pedang nabi..pedang para sahabat nabi.. Janggut nabi... segala barangan yang ada kaitan dengan nabi dan para sahabat... Sambil duk tengok barangan tu, sambil dengar alunan bacaan Quran live dibaca orang kat bilik sebelah.. Masa  nak keluar muzium tu, korang akan dapat tengok orang yang baca Quran tu...Satu je tak bes... tak dibenarkan ambil gambar semasa dalam muzium...

Di satu bangunan lain, korang boleh lihat seni hiasan bangsawan Turki dulu... karpet berhias diorang... perhiasan... hiasan lampu dan kulinari... Pastu di bangunan lain boleh tengok tempat tidur raja-raja Turki dulu... bilik belajar diorang... dan lain-lain... Pastu pergi ke bangunan lain lagi ada seribu satu benda lain lagi... Memang besar dan luas bagi pencinta sejarah...

Peta Topkapi Palace

Bilik mesyuarat

Karpet bersulam emas... real emas!

Kenangan manis..hehe

Salah satu entrance bangunan

Dalam Topkapi Palace

Sini satu je susah sikit... stroller baby.. Masuk dalam Topkapi Palace ok je... tapi stroller kebanyakan tak leh dibawa masuk ke dalam bangunan-bangunan tu... Leceh la sikit.. kene gilir-gilir jaga anak atau tinggal je stroller luar pintu mana-mana muzium kat dalam Topkapi tu.. nak selamat...guna baby carrier untuk datang ke sini... 

Habis Topkapi... aku pegi Hagya Sophia pulak... Snap snap gambar... Pastu terus jenjalan kawasan taman je... Aku tak masuk dalam Hagya Sophia nie... Tak sempat sebab nak pusing ke tempat lain lagi.. Nak masuk dalam Hagya Sophia pun kene bayaran jugak... Aku tak pasti berapa... Dalam lebih kurang 20 TL kot... Hagya Sophia adalah bekas gereja yang dijadikan sebagai masjid oleh kerajaan Islam Turki suatu ketika dahulu.. kemudian ditukar kembali pada zaman Mustafa Kamal Attaturk sebagai muzium sampai la ke hari ni... Hagya Sophia nie sangat popular bagi orang kristian pegangan lama terutama dari Russia...  Mereka berazam untuk mengembalikan sinar keagungan Hagya Sophia nie suatu hari nanti... Rugi rasanya aku tak sempat nak masuk ke dalamnya.. nak tengok keindahan seinibina pertembungan tiga budaya.. Tapi kalau aku ada peluang lagi nak ke Turki, kompem aku nak masuk.. he he..

Belakang Hagya Sophea

Di hadapan Hagya Sophea

Taman antara ketiga-tiga tarikan

Ada satu lagi tempat yang menarik yang aku tak sempat nak pegi... Basilica Cistern. Dekat je dari tempat yang aku sebut tadi... Jalan kaki je... Basilica Cistern nie tempat simpanan air zaman Byzantin kalau aku tak silap... dalam tu ada la monumen-monumen menarik yang takkan dilepaskan bagi orang yang suka snap snap gambar... Sob sob... Sedih jugak tak sempat singgah situ.. Harap-harap aku dapat datang ke Turki lagi lain kali...Amin...amin...

Sebab tu aku cakap... Topkapi Palace dan Blue Mosque tu memang kena diberikan masa sehari... Tak sempat nak pusing semua... Banyak lagi tempat menarik yang lain di Istanbul.... berbelas muzium yang menarik seperti Muzium Arkeologi... Muzium Islamik Art.. Pastu ada lagi Little Aya Sophea.. Dolmabahce Palace.. Suleymaniye Mosque (Masjid Sulaiman)...Rustem Pasa Mosque..Galata Tower.. Chora Church....dan bermacam lagi... Bagi yang suka kemodenan, boleh pergi ke kawasan Istanbul moden di daerah Besiktas..masih lagi dalam Istanbul... Di situ korang boleh la merasai bandar moden...shopping mall dan sebagainya...

Peta Istanbul..

Kalau nak berjalan ke Istanbul... betul-betul puas hati.... spend la masa korang mungkin dalam tempoh 7-9 hari hanya untuk Istanbul.... Aku dulu 3 hari memang semput nak pusing semua... Banyak yang tak sempat... So, cadangan aku... ambil lah masa lebih kurang seminggu...baru puas hati... :)

Thursday, January 14, 2016

Travelog ke Turki - Istanbul | Bosphorus Cruise, Tram dan Bas

Istanbul... Bandar yang menjadi saksi pertembungan budaya dan agama sejak dari zaman dahulu lagi sehingga ke hari nie.... Sesiapa yang suka travel ke luar negara... Istanbul adalah salah satu lokasi wajib untuk dilawati... Sebelum ini aku dah ceritakan berkenaan Grand Bazaar dan Spice Bazaar di entri lain... Sekarang nie, aku akan ceritakan satu lagi tarikan menarik di Turki... Bosphorus Cruise...  Tidak sah kalau sesiapa yang pergi ke Istanbul, tidak mencuba tarikan pelancong yang sangat ohsem nie... Menikmati pemandangan bandar Istanbul dari satu sudut pandangan yang berbeza dari sebelum nie - dari atas kapal feri iaitu dari laut. 

Jeti Eminonu
Bosphorus Cruise ni tak la mahal sangat... Bayaran dia.. 10 - 20 TL.. Naik dari jeti Eminonu..dekat je dengan Spice Bazaar.. Lbih kurang 5 - 10 minit dari Spice Bazaar... Korang akan di offer dua jenis trip... Trip jauh dan trip pendek... harga berbeza-beza.. Aku ambek yang pendek punya... selama dua jam je. Cukup la dengan bajet aku yang ciput nih.. Bagi yang berkemampuan, boleh cuba untuk jarak yang lebih jauh... kalau tak silap, korang akan dibawa untuk menikmati pemandangan selama hampir 4 jam... Siap ada persembahan kot... tak pasti... 

Jeruk buah

Kedai burger ikan atas bot

Kawasan jeti Eminonu yang sememangnya terkenal untuk tarikan pakej Bosphorus Cruise tu jugak ada kedai-kedai menarik....kedai makan..kedai cendera hati... berjalan la sambil menjamu mata dan perut yang lapar nih... Boleh try makanan diorang yang pelik-pelik... Haa...bab pasal makan .. aku dah citer dalam entri berkenaan Grand Bazaar dan SPice Bazaar kan... Yang nie pun ada lagi... lain tempat, lain jenis makanan... Kat sini korang boleh cuba makan burger ikan dia yang sodap giles... Dia masak atas bot nelayan jer... korang juga boleh makan atas bot tu..kalau bernasib baik... sebabnya... tersangat la ramai orang yang makan kat situ... aku dan family, makan kat jeti jer... tak sempat merasa makan atas bot dia... Tapi burger ikan dia memang takkan sama rasanya dengan tempat lain.. Hanya di Istanbul...

Bosphorus Cruise

Sedang menikmati pemandangan dari atas bot

Masak di depan pelanggan

Nak solat senang, boleh ke New Mosque.. Betul-betul dekat dengan kawasan jeti... Sepanjang jeti tu akan nampak masjid nie yang tersergam indah... Depan New Mosque nie, boleh la merasai pengalaman bagi makanan kat burung merpati... Siap dijual makanan burung lagi depan masjid.... Rasa nak snap gambar korang yang dikelilingi burung merpati...boleh la cuba di depan New Mosque nie... 

New Mosque

Jagung Bakar

Beli makanan burung dengan pakcik nie
My wife and son tengah bagi makan kat burung

Kalau korang jenis tak suka berjalan jauh...atau jenis yang ada gout... jenis yang ada sindrom Tak-boleh-jalan-jauh-sebab-sakit-kaki... boleh la explore bandar Turki guna public transport dia... Cadangan pertama... Guna tram.. Korang bayar je 4 TL.. boleh lenjan dari hujung ke hujung.. tapi sekali naik dan turun je.. Advantage dia... takde trafik jem.. 

Jangan risau..tram nie tak macam komuter.. Tram nie memang macam keretapi.. tapi dia lalu tengah-tengah bandar..ada yang lalu celah-celah kedai je... Jalan antara kedai tu memang ngam ngam muat untuk tram... siap kene berenti sebab lampu merah lagi... Sebab jalan tu jugak la digunakan untuk kenderaan lain seperti kereta... Memang unik.. 

Tram station

Ko tengok tram lalu celah bangunan gitu..

Taxi tak digalakkan... sebab aku dengar citer ramai tourist kene tipu..kena cas mahal sebab dia guna meter...dia pusing kasi jauh..korang kene bayar lebih... Dari taxi, baik guna tram... Kalau nak yang kurang unik sikit... naik bas.. Naik bas yang untuk tourist tu...

Ada bas yang khas untuk pusing satu Istanbul... Yang tu bayaran dia 30 euro seorang... Bukan 30 TL tau...30 Euro.. Which is maknanya dekat 80-90 TL seorang... mahal tu mahal... tapi sebenarnya berbaloi je kalau nak menjelajah satu bandar Istanbul tanpa penat berjalan....

Bergambar dengan Big Bus Istanbul..

Yang bas nie, akan ada dua trip... panjang dan pendek jugak... Kalau tak silap harga yang aku bagitau tu untuk yang pendek punya... Tapi kepada sesape yang rasa dia akan sampai Turki sekali seumur hidup, bayar je...Rugi kalau tak pusing satu bandar... 

Ok...aku dah citer pasal pasar... pasal Bosphorus Cruise... pasal public transport.... nanti aku ceritakan lagi pasal tempat-tempat menarik yang ada di Istanbul.... Banyak sangat.... Aku pun tak sempat pusing semua... Jumpa lagi di lain entri.... 

Monday, January 11, 2016

Travelog To Turki - Istanbul | Grand Bazaar dan Spice Bazaar

Istanbul, Turki

Turki, sememangnya sangat bes dan berbaloi untuk dilawati bagi yang berminat tiga perkara - Tempat bersejarah, makanan, dan shopping! Yupp.... memang negara Turki sangat banyak sejarah menarik untuk dilawati... Dari zaman Constantinople hinggalah ke zaman kerajaan Islam Uthmaniyyah... Memang berbaloi...

Aku pegi ke Turki kejap je... 3 hari 3 malam... Lebih tepat bukan Turki, tapi bandar Istanbul jer.. Aku beli voucher dari Groupon untuk tiket flight pegi balik dan hotel. Kalau ikutkan bajet aku, susah nak sampai ke Turki nih... Tapi oleh kerana aku tengah berada di UK, sambung study....maka bajet nak Turki tu murah la sikit.. peluang beb..he he he

Tu pun sebab dapat voucher... offer diskaun dekat 50% untuk hotel dan flight.. So, aku rembat la... akhirnya sampai jugak aku ke Istanbul, Turki. Impresi pertama..... sejuk macam kat UK.. Tapi oleh kerana dah terbiasa dengan kesejukan UK, kira biasa je la...suhu dalam belas-belas Celcius gitu.. bagi yang datang dari Malaysia, kompem korang akan kata sejuk.. Time aku sampai Istanbul nie, dalam bulan November... :)

Hotel kami...

Aku stay di Hotel Gedik Pasa Konagi... Bergedik-gedik di hotel selama 3 malam... Sebab aku sampai di Turki dah malam.. Sampai je kat hotel, terus keluar balik jalan-jalan kawasan hotel...Lapar beb... Sempat la pusing-pusing kawasan tempat makan..Pastu terjumpa la satu kedai kecik...macam kedai mamak gitu... Kitorang beli la ayam golek dengan roti ala tempayan tapi nipis... Sedap giles bak hang... Teringat sampai sekarang! Kitorang habiskan seekor ayam golek tu dengan tiga keping roti tempayan nipis...sekali hadap malam tu je... he he... Lepas tu ingat nak keluar jalan-jalan lagi... nasib baik la orang yang jaga reception hotel tu baik... Dia pesan... Kat Turki jangan keluar lewat malam... bahaya.. Kalau kawasan kedai makan..ramai orang..ok.. tapi kalau kawasan agak sunyi... baik jangan...Memang pelancong macam kitorang akan jadi target.. Terus rasa takut.. naik ke bilik...terus tido..hehe.


Sarapan pagi..

Sarapan free

Roti dengan habbatus sauda atas roti

Esok paginya, aku dan wife plan ke Grand Bazaar dan Spice bazaar.. tempat wajib bagi yang suka shopping.. 5 -10 minit je dari hotel aku.. Depend pada kelajuan korang berjalan... Tips pertama pasal nak shopping di Turki... usha-usha dulu sebelum bayar... lain kedai lain harga... kekadang sampai berpuluh-puluh jauh beza harganya... Rajin-rajin la tawar-menawar... Jangan tertipu dengan kemanisan dan kebaikan mulut penjual... 

Salah satu Pintu Masuk Grand Bazaar

Oh, lupa nak bagitau... Mata wang Turki adalah Turkish Lira.. singkatan dia.. TL. Banyak converter punya tempat di sini... Jangan risau. Kalau macam aku datang dari UK, elok tukar je kat Turki. Lagi murah. Kalau korang dari Malaysia, elok tukar ke Euro dulu kot pastu tukar ke Turkish Lira kat sini..

Money changer di Istanbul.. banyak..

Kalau korang ada freedom bajet masa berjalan... baik korang spend masa sehari khas untuk datang ke Grand Bazaar dan Spice bazaar nie.. Sebab besar gila.... Tu pun kalau korang jenis suka shopping la... Kalau tak suka.. spend sejam dua jam dah cukup... huhu.

Di Grand Bazaar... ada macam-macam.... dari lampu yang cantik, hinggalah ke pakaian... Serius macam dekat Jalan TAR atau Chow Kit Road di Malaysia...Yang lainnya... dia dalam bangunan besar, yang ada berpuluh-puluh pintu masuk... Sehari tak sempat nak pusing semua... Sebab kat luar Grand Bazaar tu pun ada kedai lagi... Pastu nak pusing ke Spice Bazaar pulak.... Kat Spice Bazaar.. banyak menjual rempah ratus...ada jual bermacam jenis teh... makanan tradisional Turki... dan sesetengah tu lebih kurang sama macam Grand Bazaar.. Barang di Spice Bazaar lebih murah berbanding dengan Grand Bazaar... Nak beli jubah arab yang cantik untuk raya, belilah di Turki nie... kain dia memang puas hati... Aku ada beli satu untuk wife, tanda kenangan dan hadiah... he he.



Turkish Delight

Cincin di Grand Bazaar


Cendera hati



Tips kedua, Jangan terpedaya dengan kepandaian orang Turki cakap bahasa melayu... "Apa kabar".. "Selamat datang"... "Murah murah"... tu memang selalu akan korang dengar... "Malaysia? Malaysia bagus.. " Jangan cair okeh... Anggap macam Jalan TAR je... Tu trick diorang nak ajak korang datang ke kedai depa...

Sehelai jubah SARNISA, henset case, dan anniversary cake..:)

Tips ketiga shopping... Silalah rajinkan diri berjalan ke luar Grand Bazaar dan Spice bazaar..kawasan sekitar dia... Selok belok jalan berdekatan Grand Bazaar dan Spice Bazaar tu.... Sebab dari pengalaman aku... Barangan jualan di luar bazaar laaaaaaaaaaaagi murah!! Contohnya la... baju T-shirt yang ada tulis ISTANBUL... dalam Grand Bazaar dia letak harga 40 - 60 Turkish Lira... Dekat luar bazaar, boleh dapat 10-20 Turkish Lira SAHAJA... he he he... So, rajinkan usha-usha dulu sebelum bayar...

Kalau berkenan sangat barang dalam bazaar.. Korang boleh offer harga jauh lagi murah dari tuan kedai letak... Serius weh...offer je murah-murah yang rasa-rasa berpatutan... Harga asal dari 60 TL boleh kekadang di offer 30 TL je... Jangan takut... korang pembeli...try tawar dulu... kalau dia tak nak bagi, korang boleh up kan balik harga...

Salah satu kedai dalam Spice Bazaar



Waktu buka di Grand Bazaar dan Spice Bazaar...pukul 9.00 pagi sampai pukul 7.00 malam. Lepas 7.00 malam, bazaar akan dikunci dan ditutup... Jangan terkejut kalau korang tengok keadaan malam dia bila semua kedai tutup... kat situ horror gila.. Dengan sampah sarapnya.. dengan gelap dan lorong keciknya... Serius jangan korang berjalan kat kawasan gelap di Turki.. Orang Turki sendiri cakap, berjalan la di kawasan terang sahaja di waktu malam.. kawasan yang ada orang.. Seeloknya, rehat-rehatla di hotel pada waktu malam.. Tapi kitorang lenjan jer.. Jalan jugak.. tapi area yang ada orang la... Sebab 3 hari je kan.. masa tu emas...hehehe.

Pasal makan... jangan risau... banyak kedai makan di sekeliling kedua-dua bazaar... Sedap sedap pulak tu... Try je bermacam-macam menu... Lain menu, lain keunikan dia... Kalau korang ada bajet lebih...try la kesemua menu dia... Semua sedap! Yang bes...semua halal... Aku yang dari tempat yang susah sikit nak makan yang halal... rasa macam balik kampung masa di Turki.... Makan tak hengat dunia!.. ha ha..

Kedai yang dicadangkan kawan Turkish kami


Simple..tapi yang nie sedap..

Nak solat... tak payah risau... banyak masjid di Turki... Cuma yang menjadi masalah sikit...bagi kaum hawa... Sebab masjid di Turki tempat ambik wudhuk dia di kawasan terbuka... So, kaum hawa kenela ambik wudhuk di tandas atau nak senang, ambik awal-awal dari hotel... Sebab di Turki, kaum hawa tak ramai yang solat di masjid... Tempat ambil wudhuk dia bukan ada ruang khas macam masjid kita... Tepi-tepi masjid macam tu je... Tak pun betul-betul di tengah ruang legar sebelum masuk masjid... Kaum adam senang jer... kaum hawa, baik ambil awal-awal... 

Salah satu tempat ambek wudhuk

Yang bawa anak... dinasihatkan guna stroller pakai buang..hahaha... Sebab kat Istanbul, jalan dia bukannya bertar..tapi berbatu... Kalau si suami jenis kuat gagah perkasa, bawak la stroller yang jenis tayar besar sikit... senang nak tolak... kalau tak, agak susah la nak tolak stroller dengan jalan berbatu tanam macam jalan zaman dulu tu.... Lagipun kawasan dia tak mesra stroller sangat... boleh tengok contoh keadaan jalan dia di gambar-gambar.... 

Jalan di Istanbul...
Okeh... lepas nie aku citer pasal Blue Mosque, Topkapi Palace dan Hagya Sophia pulak... Antara tempat paling menarik yang ku pernah pegi... WAJIB pegi situ kalau korang pegi Turki...