Friday, January 15, 2016

Travelog ke Turki - Istanbul | Blue Mosque, Topkapi Palace, dan Hagya Sophia

Selepas penat berjalan ke hulu ke hilir di celah-celah lorong bandar Istanbul,Turki nak shopping punya pasal... (Boleh cek link Travelog ke Turki - Istanbul | Grand Bazaar dan Spice Bazaar) Hari keduanya, aku pegi berjalan lagi ke Blue Mosque (Masjid Biru), Topkapi Palace dan Hagya Sophia...

Blue Mosque

Jangan risau...ketiga-tiga monumen menarik tu kat satu tempat je... sebelah menyebelah... dekat sangat... kat tengah-tengah dia ada taman yang boleh korang nak duduk lepak sambil pekena makanan Turki... So, spend la masa sehari di situ... Jangan kacau dengan benda lain... kalau tak, memang tak puas hati...Hippodrome juga berada di situ... boleh cuba berbagai variasi makanan di kawasan tu... Apa yang penting.... Snap gambar! yezza..

Di taman hadapan Hagya Sophea

Hippodrome

Blue Mosque ..atau dikenali sebagai Sultan Ahmet Mosque nie dekat jugak dari hotel aku.... dalam 5-10 minit berjalan depend pada kelajuan korang berjalan lagi... Nak senang naik je tram.. (Boleh rujuk entri aku pasal Bosphorus Cruise dan tram...) Bayar je 4 TL, pastu korang lenjan la naaik tram tu nak pegi mana-mana pon...jauh dan dekat sama je harga nya.. Tapi aku suka explore bandar secara live kan... so aku jalan je... aku folo je track tram sampai ke sana... Kiri dan kanan banyak kedai bes-bes dan menarik untuk dimasuki dan jadikan pengalaman...

Aku singgah Blue Mosque dulu.. Pekena solat sunat tahiyyatul masjid dulu... Pastu baru snap snap gambar... Kat sini memang ramai orang nak masuk..sampai beratur panjang kekadang tu... muslim atau non-muslim... Sebab design dia memang marbeles... Cun melecun... Terbaik... Dapat rasa keagungan empayar kerajaan Islam di Turki sepanjang melihat rekabentuk dan senibina masjid biru nie... 

Tips untuk Blue Mosque... DIsebabkan aku nak cepat...maka aku gunakan kelebihan aku sebagai muslim.. Pegi dekat guard jaga pintu masuk tu... cakap nak pekena solat sunat kat masjid..., dia izinkan masuk.. terus potong queue pelancong-pelacong asing...muahahaha.. Aku tak tipu... Memang buat solat sunat dulu... Tapi lepas tu menikmati la keindahan dalam masjid tu... Siap boleh masuk sampai ke tengah lagi... Pelancong non-muslim cuma ada kawasan tertentu sahaja.... Ala...macam Masjid Putrajaya la kan.... 

Subhanallah..cantiknya senibina

Tertarik dengan lampu dalam masjid

Replika Blue Mosque

Blue Mosque

Satu je leceh masjid kat Turki... tempat ambek wudhuk dia.. Tak mesra wanita.. Sebab tempat ambek wudhuk dia open.... kat luar.. style lama gitu... Yang jenis pakai kasut nie pon susah gak.. So, nak senang supaya stokin tak berbau busuk dek kerana pakai stokin basah lepas ambek wudhuk, bawak la kain kecik satu dalam poket.. untuk lap air lepas ambek wudhuk nanti... Yang wanita, ambek wudhuk siap-siap kat hotel atau pi ambek kat dalam toilet. Kitorang dah terbiasa dah, sebab kat UK boleh kata toilet la tempat ambek wudhuk kalau pi berjalan... huhu.

Lepas tu, aku pegi ke Topkapi Palace... Tempat wajib untuk aku lawati... . Kalau tak datang sini, boleh merajuk 1000 hari 1000 malam weh... Kalau boleh aku nak spend masa kat sini sehari.. Tengok puas-puas apa yang ada kat sini... Sebab...Topkapi Palace nie adalah salah satu kota istana yang masih tersergam indah tanpa mengalami kerosakan yang teruk... Jadinya, korang ibarat memasuki satu kota istana asal kerajaan islam Turki zaman dahulu... 


Di pintu masuk Topkapi Palace


Topkapi palace nie ada macam-macam dalam dia... Di dalam sebuha kota, ada pelbagai bangunan dan di dalamnya da pelbagai ruang khas dan bilik.... Seolah-olah korang berada di Putrajaya dan di Putrajaya ada pelbagai bangunan seperi istana kehakiman dan lain-lain... Cuma Topkapi Palace nie takde la sebesar Putrajaya... Bayaran masuk - 30 TL seorang.. Ada satu tempat dalam Topkapi kena bayar asing.. Tempat tu namanya HAREM... kene bayar lagi 15 TL..

Harem

Dalam Harem


Contoh replika

Tempat unggun api

Senibina Turki..

Di luar Harem

Dalam Topkapi Palace nie la ada muzium yang simpan pedang asal Rasulullah S.A.W.. muzium Islam... yang lain ada pasal barangan rampasan perang, barangan kemas dulu-dulu... Adat istiadat dulu-dulu... Bagi yang suka historical, memang berbaloi... Yang tak suka, pi jauh-jauh... shuh shuh... he he he

Entrance Muzium Islam

Aku melekat lama di Muzium Islam tu... terharu beb dapat tengok pedang nabi..pedang para sahabat nabi.. Janggut nabi... segala barangan yang ada kaitan dengan nabi dan para sahabat... Sambil duk tengok barangan tu, sambil dengar alunan bacaan Quran live dibaca orang kat bilik sebelah.. Masa  nak keluar muzium tu, korang akan dapat tengok orang yang baca Quran tu...Satu je tak bes... tak dibenarkan ambil gambar semasa dalam muzium...

Di satu bangunan lain, korang boleh lihat seni hiasan bangsawan Turki dulu... karpet berhias diorang... perhiasan... hiasan lampu dan kulinari... Pastu di bangunan lain boleh tengok tempat tidur raja-raja Turki dulu... bilik belajar diorang... dan lain-lain... Pastu pergi ke bangunan lain lagi ada seribu satu benda lain lagi... Memang besar dan luas bagi pencinta sejarah...

Peta Topkapi Palace

Bilik mesyuarat

Karpet bersulam emas... real emas!

Kenangan manis..hehe

Salah satu entrance bangunan

Dalam Topkapi Palace

Sini satu je susah sikit... stroller baby.. Masuk dalam Topkapi Palace ok je... tapi stroller kebanyakan tak leh dibawa masuk ke dalam bangunan-bangunan tu... Leceh la sikit.. kene gilir-gilir jaga anak atau tinggal je stroller luar pintu mana-mana muzium kat dalam Topkapi tu.. nak selamat...guna baby carrier untuk datang ke sini... 

Habis Topkapi... aku pegi Hagya Sophia pulak... Snap snap gambar... Pastu terus jenjalan kawasan taman je... Aku tak masuk dalam Hagya Sophia nie... Tak sempat sebab nak pusing ke tempat lain lagi.. Nak masuk dalam Hagya Sophia pun kene bayaran jugak... Aku tak pasti berapa... Dalam lebih kurang 20 TL kot... Hagya Sophia adalah bekas gereja yang dijadikan sebagai masjid oleh kerajaan Islam Turki suatu ketika dahulu.. kemudian ditukar kembali pada zaman Mustafa Kamal Attaturk sebagai muzium sampai la ke hari ni... Hagya Sophia nie sangat popular bagi orang kristian pegangan lama terutama dari Russia...  Mereka berazam untuk mengembalikan sinar keagungan Hagya Sophia nie suatu hari nanti... Rugi rasanya aku tak sempat nak masuk ke dalamnya.. nak tengok keindahan seinibina pertembungan tiga budaya.. Tapi kalau aku ada peluang lagi nak ke Turki, kompem aku nak masuk.. he he..

Belakang Hagya Sophea

Di hadapan Hagya Sophea

Taman antara ketiga-tiga tarikan

Ada satu lagi tempat yang menarik yang aku tak sempat nak pegi... Basilica Cistern. Dekat je dari tempat yang aku sebut tadi... Jalan kaki je... Basilica Cistern nie tempat simpanan air zaman Byzantin kalau aku tak silap... dalam tu ada la monumen-monumen menarik yang takkan dilepaskan bagi orang yang suka snap snap gambar... Sob sob... Sedih jugak tak sempat singgah situ.. Harap-harap aku dapat datang ke Turki lagi lain kali...Amin...amin...

Sebab tu aku cakap... Topkapi Palace dan Blue Mosque tu memang kena diberikan masa sehari... Tak sempat nak pusing semua... Banyak lagi tempat menarik yang lain di Istanbul.... berbelas muzium yang menarik seperti Muzium Arkeologi... Muzium Islamik Art.. Pastu ada lagi Little Aya Sophea.. Dolmabahce Palace.. Suleymaniye Mosque (Masjid Sulaiman)...Rustem Pasa Mosque..Galata Tower.. Chora Church....dan bermacam lagi... Bagi yang suka kemodenan, boleh pergi ke kawasan Istanbul moden di daerah Besiktas..masih lagi dalam Istanbul... Di situ korang boleh la merasai bandar moden...shopping mall dan sebagainya...

Peta Istanbul..

Kalau nak berjalan ke Istanbul... betul-betul puas hati.... spend la masa korang mungkin dalam tempoh 7-9 hari hanya untuk Istanbul.... Aku dulu 3 hari memang semput nak pusing semua... Banyak yang tak sempat... So, cadangan aku... ambil lah masa lebih kurang seminggu...baru puas hati... :)

2 comments:

  1. bro pusing2 instanbul bajet flight/mkn/penginapan semua berapa ?

    ReplyDelete
  2. Insyaallah plan ke turki 22 oct ni. 3 hr. Kemudian ke cairo 6 hari.

    ReplyDelete

Komen la yer..jangan berbalah atau mengeji... Stay cool.. :D